berita

Tergamak Dua Kali ‘Buang’ Bayi Di Hospital Sama, Si Ibu Menghilangkan Diri

May 10th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita mengulangi perbuatan terkutuk dengan ‘membuang’ bayi lelakinya yang berusia kira-kira lebih dua bulan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tinggalkan Bayi Dalam Lubang Tandas, Banduan Akhir Diselubungi Rasa Bersalah

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tekup Dia Dengan Bantal Sampai Mati’ – Bapa Bunuh Bayi 3 Bulan, Buang Mayat Dalam Timbunan Sampah

Tak sampai setahun

Menurut pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin menjelaskan bahawa, bayi lelaki yang ditinggalkan itu dilahirkan pada 17 Mac lalu di hospital yang sama dia ditinggalkan.

Wanita berusia 27 tahun itu, menghilangkan diri sejurus selepas meninggalkan bayinya yang bernama Dharwin di wad A4 hospital berkenaan.

Berdasarkan maklumat, ibu bayi yang berasal dari Negeri Sembilan itu pernah melakukan perbuatan yang sama terhadap seorang lagi bayi lelakinya yang dilahirkan pada tahun lalu.

Wanita itu pernah melakukan perbuatan sama apabila meninggalkan bayi lelaki yang dinamakan sebagai Damian di hospital selepas dilahirkan pada pertengahan tahun lalu.

Rentetan itu, pihak JKM bimbang anak-anaknya bakal berdepan dengan masalah terutama bagi mendapatkan sijil kelahiran dan masa depan yang tidak terjamin.

Akibat perbuatannya, masa depan Damian menjadi tanda tanya dan kini adiknya ditimpa nasib sama.

Ibu mereka gagal tampil membincangkan masa depan kedua-duanya sehingga kini.

Perbuatan wanita itu menimbulkan kesulitan bagi permohonan sijil kelahiran selain dikhuatiri boleh menjejaskan masa depan dua beradik itu.

Dalam pada itu, Adnan memaklumkan bahawa Damian kini berada di bawah jagaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sehingga JKM mengurus permohonan sijil kelahirannya. Manakala anak keduanya dibawah jagaan JKM selama tiga bulan dan difahamkan bayi tersebut selamat berada dalam jagaan orang yang layak dan sesuai.

Susulan itu, pihak JKM amat berharap agar wanita yang bernama M Yugesshini atau warisnya tampil untuk bertanggungjawab agar dapat membincangkan tentang masa depan anak-anaknya itu.

Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan ibu kandung atau waris bayi itu diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606, 07-2232607 atau 0111-7535394.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×