
Penyanyi, Aina Abdul menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tiga figura besar dalam industri muzik tanah air iaitu Datuk M Nasir, Datuk Ramli MS dan Datuk Seri Siti Nurhaliza atas kata-kata semangat diberikan kepadanya.
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Mahu Terus Berkarya Hingga Usia Senja – ‘Saya Berdoa Kerjaya Ini Masih Panjang Tempohnya’
Dipuji tiga figura
Aina atau nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, dia amat menghargai respons positif diberikan M Nasir susulan isu segelintir netizen tidak merestui kemenangannya di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24), baru-baru ini.
Saya tidak sangka Datuk M Nasir memberikan komen sedemikian. Saya rasa terharu dan dalam masa sama rasa setidaknya ada yang ‘back up’. Kadang-kala apabila buat sesuatu dan ada yang tidak suka, akan buat diri rasa down.
Saya cakap dengan ibu yang saya sedih, tanpa disangka keluar video temu bual Datuk M Nasir. Saya rasa dihargai.
Aina berkongsi perkara itu secara eksklusif menerusi temu bual di podcast Show Dalam Bilik yang ditayangkan di YouTube rasmi OhBulan Official.
Selain itu, pelantun lagu Sesaat ini turut meluahkan rasa syukur apabila Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan bahawa dirinya mempunyai potensi besar dalam industri.
Terima kasih juga Tokti (Siti) kerana beri komen yang best-best, beri saya vibes yang seronok. Setiap kali jumpa Tokti di anugerah atau majlis dan kemudian bersalaman, saya anggap diri ini adalah peminat paling bertuah.
Saya juga Sitizoner, saya rasa sangat beruntung. Saya dan Tokti juga mempunyai hubungan yang istimewa. Kami sering berborak di Instagram. Saling berbalas mesej.
Dalam pada itu, Aina juga turut mengulas mengenai kenyataan Maestro Muzik, Datuk Ramli MS yang menyatakan dia merupakan penyanyi contoh era masa kini selain memintanya untuk berkarya hingga hujung nyawa.
Tokram (Ramli) pun antara figura yang saya gerun dalam industri. Setiap kali dia jadi MD (pengarah muzik), saya rasa nak terkencing. Dia mempunyai aura yang tersendiri.
Terima kasih juga Tokram kerana berikan komen yang positif. Saya tidak pernah minta Tokram, Datuk M Nasir dan Tokti untuk puji saya, tapi bila dapat perkara itu siapa je yang tidak gembira.
Aina tercalon
Dalam perkembangan lain, Aina tercalon dalam OhBulan! Paling Viral Online menerusi kategori Selebriti Paling Viral dan Kelab Peminat Paling Viral iaitu Ainations.
Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Untuk memperluas capaian, OhBulan! melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.
Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.
Penggunaan hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial. Untuk maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.