berita

“Terima Kasih”- Lihat Foto Perjuangan Petugas Barisan Hadapan Ini. Jasamu Akan Kami Kenang!

March 27th, 2020 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Kredit: Artortoise’s

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi membendung penularan virus Covid-19, macam-macam reaksi yang kita terima daripada pihak netizen. Ada yang menyokong usaha dan banyak jugak yang buat endah tak endah saja dengan pelaksanaan PKP ni.

Jangan pentingkan diri guys! #stayhome

Kredit: Penang Foodie

Korang jangan ingat kerajaan saja-saja nak laksanakan PKP ni. Mereka buat semua ni untuk pastikan negara dan rakyat selamat

Jangan pentingkan diri korang. Banyak insan lain yang bergadai masa, nyawa, keluarga, wang ringgit bahkan mengenepikan kepentingan mereka hanya untuk pastikan korang semua selamat dan sihat.

Bagi menghargai jasa mereka yang telah bertungkus-lumus berjuang demi kesihatan dan keselamatan korang, jom kita buat sedikit tribute untuk insan-insan yang berhati mulia ini.

Ini wajah-wajah pejuang kita…Hargailah jasa mereka

Kredit: [FB page] Pakej Percutian

Sebak hati melihat insan-insan ini terduduk dan terbaring keletihan. Walau kita mungkin tak boleh buat banyak seperti mereka, tapi kita boleh duduk di rumah dan pastikan keluarga kita dalam keadaan selamat.

Mereka sanggup tak bertemu anak dan isteri untuk menjaga insan lain demi melaksanakan tanggungjawab mereka. Ye, mereka dibayar gaji tapi kalau korang di tempat mereka, sanggupkah korang bahayakan diri seperti mereka?

Kredit: Hospital Teluk Intan

Terima kasih tak terhingga untuk semua staff yang berada di bilik gerakan Hospital Teluk Intan. Sibuk semuanya dalam usaha memantau dan mengekang Virus Covid-19.

Kredit: Mat Lancer Gerik

Tengoklah insan-insan yang menjalankan tugas sepanjang tempoh PKP ni. Makan pun kat tepi jalan dan nak cepat siap sebab nanti giliran petugas lain pulak untuk makan.

Kredit: malaymail

Sebak min tengok keadaan ini, demi tugas memastikan keselamatan korang dan keluarga, mereka berhujan dan kesejukan, please, korang jangan keluar sesuka hati keluar. kes Covid-19 makin bertambah. Mereka berkorban untuk kita. Jadi, kita #stayhome #kitajagakita.

Kredit Zuraimi Zulkifli

Abang bawak ambulans ni sampai terlena. Mungkin terlampau penat bekerja. Terima kasih di atas segala usaha yang telah beliau berikan demi memastikan pesakit yang memerlukan perkhidmatan tiba ke destinasi (hospital) secepat mungkin.

Kredit: Rabiatul Adawiyah

Walau pangkatnya tak besar, mak cik cleaner hospital adalah antara insan yang memainkan peranan penting dalam usaha memastikan wad dan hospital sentiasa bersih. Mungkin kecil di mata sesetengah insan tapi tidak di mata kami.

Masih ada yang menghargai…

Terpancar keceriaan, diwajah-wajah insan saat team yobick datang bertandang. Semoga tugas mereka dipermudahkan.

Melihat kepada situasi ini, yobick mengambil kesempatan untuk memberikan penghargaan kepada petugas barisan hadapan kerana usaha dan dedikasi mereka dalam melawan virus Covid-19.

yobick dah melawat stesen media, hospital dan juga balai polis dalam usaha menceriakan mereka yang penat berjuang demi kesihatan dan keselamatan kita.

yobick peduli! Lihatlah betapa gembiranya mereka, kerana mereka tahu masih ada yang bimbang dan ambil peduli tentang keadaan mereka.

Kita minum yobick dulu sebelum mula menjalankan tugas. Terima kasih abang-abang Polis Diraja Malaysia [PDRM}] kerana telah berpanas buat sekatan jalan.

Tak dilupakan juga petugas media yang bekerja 24 jam demi memastikan berita terkini dapat disampaikan.

Bagi korang yang tak tahu, yobick ialah minuman yogurt yang telah diperkenalkan di Jepun sejak tahun 1994 lagi. Ianya diperkaya dengan pribiotik yang mampu menguatkan bakteria sihat dalam tubuh badan bagi membantu menjaga kesihatan usus dan sistem imunisasi tubuh badan korang.

Korang cubalah! Sedap… Korang pasti tertawan dengan rasa yobick. Antara perisa yang ada ialah yobick Nanas, Original, Sakura, Lite+ dengan tambahan kolagen. Istimewanya, perisa Lite+ dengan tambahan kolagen ni kurang gula tapi cukup umphhh rasanya.

Mungkin ramai yang belum tahu bahawa Pelakon Emma Maembong ialah duta rasmi yobick. Menurut Emma, beliau suka yobick nanas kerana ianya menyegarkan dan dalam masa mengandungi pribiotik yang baik untuk kesihatan usus.

Semoga usaha yang dilakukan oleh pihak yobick sedikit sebanyak dapat membantu insan-insan yang bertugas di barisan hadapan untuk terus bersemangat menjalankan tugas dan dalam masa yang sama membantu memperkuatkan lagi sistem imunisasi tubuh mereka sewaktu menjalankan tanggungjawab terhadap negara.

Terima kasih buat semua petugas barisan hadapan yang tak henti-henti memerah kudrat dan keringat dalam usaha melawan virus Covid-19.

Korang yang teringin nak cuba minuman yogurt yobick, korang boleh la ke hypermarket, supermarket, kedai serbaneka & stesen minyak yang berdekatan seperti diatas.

Kalau korang nak tahu lebih detail mengenai yobick, boleh klik link di bawah.

Facebook: yobickmalaysia

Instagram: @yobickmalaysia

SKIP THIS AD ×