Pelakon, Sharnaaz Ahmad dilihat meluahkan rasa rindu terhadap anaknya, Jebat Jayden yang kini berada di Tanah Suci.
Artikel berkaitan: Neelofa & Suami Teruja Bawa Bilal Ke Tanah Suci, Jebat Jayden Pun Ikut Sekali!
Selamat menunaikan umrah
Menerusi posting Sharnaaz di Instagram, pelakon ‘Juvana’ itu mendoakan anaknya selamat menunaikan umrah. Selain berdoa perkara yang baik, Sharnaaz turut memberi ucapan terima kasih buat bekas isterinya, Noor Nabila kerana bawa anak mereka ke Tanah Suci. Tambah Sharnaaz, dia berharap Nabila akan sentiasa dilimpahkan rezeki selepas ini.
Selamat menunaikan umrah anak baba. Permata baba, buah hati baba, best friend baba. Nyawa baba @jebatjayden. I miss my boy now. Terima kasih mummy @noornabila bawa jebat ke Tanah Suci. Semoga bertambah rezeki.
Terdahulu, Neelofa dan suaminya Haris Ismail (PU Riz) turut memberitahu bahawa mereka bakal menunaikan umrah bersama anak mereka iaitu Muhammad Bilal. Tambah PU Riz, keluarga di sebelah isterinya ramai yang turut serta trip umrah pada kali ini termasuk Nabila dan Jebat.
Sumber: Sharnaaz Ahmad