berita

‘Terima Kasih Sahabat Kerana Meluangkan Masa Tulis Nota Yang Sangat Bermakna’

March 15th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan kata semangat agar Hafidz Roshdi terus kuat dengan dugaan yang menimpa dirinya bertubi-tubi.

Artikel berkaitan: ‘Sahabat, Cepat Sembuh & Kembali Perbetulkan Mana Silap’- Sharnaaz Ahmad

Terbaru, Hafidz dilihat meluahkan ucapan terima kasih buat pelakon filem ‘Jebat’ itu.

Terima kasih

As Salam Bro Sharnaaz, Terima kasih banyak-banyak sahabatku kerana telah meluangkan masa untuk menulis nota yang sangat bermakna bagi menjalani proses ini.

Menurut Hafidz, nota yang ditulis oleh Sharnaaz sangat bermakna buat dirinya. Ini kerana, dia sedang melalui satu fasa yang sukar dalam kehidupan. Tambah Hafidz, dia sangat tersentuh apabila rakan selebriti memberikan kata-kata semangat.

Tidak lupa juga kepada rakan selebriti, rakan-rakan, peminat, ahli keluarga dan media yang sentiasa mendoakan baik-baik buat Hafidz.

Ujar Hafidz, hanya Allah dapat membalas jasa baik semua yang mendoakannya.

Sumber: Hafidz Roshdi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×