
Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama anaknya, Marissa Dania.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aslam Kunci Mulut, Marissa Dania Tak Menangis
Sambut raya bersama

Menerusi hantaran di Instagram, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, berterima kasih kepada Marissa yang sudi meluangkan masa hadir ke rumahnya untuk meraikan Aidiladha bersama keluarga.
Terima kasih sudi datang Marissa. Tetap sedondon kita walaupun tak rancang pakai warna sama. Nanti datang lagi, kita main masak-masak pula.
Dalam perkongsian sama, anggota kumpulan Elite itu turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan mereka berpelukan, sekali gus mengundang rasa sebak dan gembira dalam kalangan peminat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya tumpang bahagia melihat hubungan ibu dan anak itu kembali mesra meskipun sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa konflik keluarga.
Terdahulu, Marissa memaklumkan rumah tangganya bersama Mohd Aslam dipercayai bakal berakhir apabila mendakwa mereka akan membawa haluan masing-masing.
Untuk rekod, Marissa dan Aslam bernikah di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 sebagai isteri kedua.
Sumber: Instagram





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)