![[VIDEO] Abby Abadi Tegur Peniaga Online ‘Post’ Makanan Guna Kotak Sangkar Hamster – ‘Tak Senonoh, Tolong Perbaiki’](https://asset.ohbulan.com/2026/05/abby-2.jpg)
Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kesal terhadap peniaga yang didakwa menggunakan kotak sangkar haiwan sebagai pembungkusan penghantaran makanan.
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Persoal Tindakan Pengarah Minta Pelakon Wanita Buka Tudung
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kurang Senang Norish Karman Dihujani Dakwaan Negatif – ‘Kenapa Persoalkan Ujian Menimpa Dia Sekarang?’
Luahan Abby
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, telah menerima bungkusan yang ditempah secara atas talian, namun kecewa selepas melihat barang tersebut diisi di dalam kotak sangkar haiwan.
Tegas Abby, peniaga berkenaan tidak sewajarnya meletakkan barang di dalam kotak tersebut kerana dilihat tidak sesuai untuk isi dengan makanan.
Saya ada beli barang online, bila saya buka betullah barang yang saya order.
Ya Allah, dia letak mangga dengan sambal kicap dalam kotak ini. Tak senonoh lah.
Justeru, Abby menggesa para peniaga untuk memperbaiki cara pembungkusan mereka kepada pelanggan terutama bagi penghantaran makanan.
Memang balut plastik tapi orang beli makanan, takkan letak dalam kotak macam ini. Tolong perbaiki.
Orang beli makanan ni janganlah letak dalam kotak sangkar hamster.
Saya ni dah la penggeli.
Para peniaga, walaupun hanya kotak sangkar hamster, tapi saya tak boleh..tolonglah.
Kita ni suka membeli, janganlah potong mood macam ini. Jaga apa yang patut dijaga.
Sumber: Threads








