Semua sedia maklum, anak kepada chef selebriti terkenal iaitu Chef Wan, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward.
Artikel berkaitan: Mahkamah Tolak Permohonan Gavin Selepas Meneliti Hujahan
Terbaru, Serina selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan baru pilihannya yang dikenali sebagai Aidid. Khabar gembira itu dikongsi Serina menerusi Instagram miliknya.
Dah selamat mendirikan masjid
Serina meluahkan rasa syukur kerana selamat diijabkabulkan dan menjadi isteri yang sah kepada pasangannya di hari Jumaat yang mulia. Menurutnya, acara pernikahan itu diadakan secara tertutup sahaja memandangan negeri Selangor masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bismillahirahmanirahim, sempena hari Jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Serina nak umumkan I dah selamat mendirikan masjid bersama suami majlis nikah kami secara tertutup sahaja.
Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu, benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah, kita yang lahir di bumi semuanya dah tertulis di Kitab Loh Mahfuz.
Terima kasih Papa
Serina turut memaklumkan pernikahan ini turut direstui oleh ayahnya iaitu Chef Wan. Tambahan lagi, kenduri kesyukuran turut diadakan secara kecil-kecilan di restoran milik Chef Wan sendiri.
Alhamdulillah. Dia lah yang terbaik yang ALLAH kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku.
Terima kasih Papa merestui perkahwinan kami, inshaAllah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran Papa ya.
Terima kasih juga kepada keluarga serta sahabat yang tak putus beri Serina dan Aidid semangat serta doa. “SAYANG TERIMA KASIH TERIMA I SEADANYA DAN KITA SALING MELENGKAPI KEKURANGAN MOGA MENDAPAT REDHA ALLAH SWT AMINN..”
View this post on Instagram
Sumber: Serina Datuk Redzuawan