berita

‘Terima Kasih Untuk Cacat Kekal Di Muka Aku’ – Isteri Hafidz Roshdi

March 3rd, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dilihat meluahkan lagi perasaan selepas kejadian ditumbuk tiga kali di muka.

Artikel Berkaitan: Isteri Hafidz Roshdi Masuk Hospital, Mohon Maaf Tak Dapat Beri Kerjasama

Artikel Berkaitan: ‘Shuhada Ditumbuk Sebanyak Tiga Kali Pada Bahagian Muka’ – Ahli Keluarga

Play victim

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Shuhada menegaskan setiap perbuatan yang dilakukan diketahui oleh Allah SWT.

Coretan seorang Shuhada. Apa yang dah jadi, Allah memang nak terterakan depan mata yang penyesalan dari seorang manusia jangan kau ukur dengan janji di mulut, play victim as in dia rasa apa yang dia buat selama ini tak pernah salah.

Tapi ingatlah! Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara walaupun hanya dedaun yang luruh dari dahan pokok.

Hidup dengan bayang-bayang aku

Wanita berumur 29 tahun ini, seakan menyindir ‘penyondol’ yang pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan menghubungi Hafidz lagi.

Dalam pada itu, Shuhada memetik tindakan pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi yang kerap menggunakan anak-anak sebagai konten di media sosial.

Tidak akan menghubungi lagi adalah bullshit. Yang pasti dia punya stalk saya baca setiap komen is a joke haha. Hidup la kau dengan bayang-bayang aku sampai mati, tak akan tenang.

Dan kalau sekarang baru nak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk mempertahankan diri jadi manusia bagus boleh buat kau bahagia teruskan. Yang pasti Allah tahu kau tak pernah beli beras.

Terima kasih untuk cacat kekal di muka aku. Semoga Allah balaslah seberat-berat kifarah buat anda dan anda, hal ini kerana Ustaz Azhar Idrus mengesahkan mendoakan keburukan untuk manusia zalim tidak salah!

Semalam, ahli keluarga yang enggan nama didedahkan mengesahkan Shuhada menjadi mangsa pukul.

Sebelum itu, Shuhada memuat naik foto kecederaan pada wajah kiri yang didapati berbalut di Instagram.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×