berita

‘Terima Kasih Yang Doa Saya Cepat Mati’ – Kesal Dengan Tuduhan Netizen, Ini Luahan Sebak Elyana

December 13th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Umum sedia maklum Elyana merupakan seorang penghidap kanser Limfoma tahap 4 selepas beliau sendiri membuat pengumuman tersebut di pentas Gegar Vaganza. Ramai yang terkejut dan bersimpati dengan nasib yang menimpa Elyana. Tambah menyedihkan apabila Elyana memberitahu beliau tidak dapat tidur bimbang tidak akan bangun lagi.

Mungkin kerana ada yang mendakwa Elyana sengaja mencari publisiti dan berbohong, Elyana memuatnaik gambar ketika sedang menerima rawatan chemo pada bulan puasa lepas.

Terima kasih kerana menghina wanita ini

Terima kasih kerana menghina wanita ini. Terima kasih juga kepada yang mendoakan dia cepat mati. Terima kasih juga yang menggambil kesempatan. Terima kasih kerana menuduh saya ingin kan perhatian. Terima kasih juga kepada yang menuduh tanpa bertanya cerita sebenar. Terima kasih kepada anda yang mengatakan saya berbohong. Terima kasih untuk anda yang gembira apabila saya sering di malukan di khalyak ramai.
Terima kasih semua.. Tak apa lah. .mungkin anda belum lagi merasa apa yang saya rasa selama ini.

Tapi ini takdir saya, saya terima


Saya juga sama seperti anda semua manusia biasa,tidak kuat..punya keinginan, punya cita-cita, ingin merasa sihat tanpa menahan sakit. Tapi ini takdir saya. Saya terima.
Kita semua akan mati. Bukan pesakit Kanser sahaja. Saya harap kita jaga amalan kita sendiri. Jika tidak ada apa-apa yang baik untuk dikatakan, ditulis dan di lakukan, lebih baik diam.

Saya Elyana pesakit Kanser Stage 4 #chemosewaktubulanpuasatahunini

Ramai yang mendoakan kesihatan Elyana

Sedihnya. Sabarlah Elyana. Ramai lagi yang mendoakan Elyana kembali sihat seperti dulu. Semoga Elyana sentiasa tabah dan kuat melawan penyakit.

sumber : Elyana

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×