Umum sedia maklum, penyanti Elyana sebelum ini bertarung dengan penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihadapinya sejak 10 tahun lalu. Elyana juga pernah memaklumkan sel kanser tersebut telah merebak ke bahagian organ tubuh badannya dan akan memberi kesan terhadap tulang.
Artikel berkaitan: ‘Sakit…’ – Elyana Kongsi Pengalaman Rawatan Radioterapi
Artikel berkaitan: ‘Berilah Saya Waktu…’ – Elyana Dedah Kanser Hampiri Tahap 5, Merebak Ke Rahim, Hati & Pangkal Paha
Menerusi perkongsian Elyana di IG Stories memuat naik beberapa video dan memaklumkan dia akan menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari seperti disarankan oleh doktor pakar.
Berat susut
Di samping itu, penyanyi Kalis Rindu ini turut menjawab soalan peminatnya yang bertanyakan mengenai berat memandangkan Elyana tidak ada selera makan disebabkan penyakitnya itu. Elyana bagaimanapun memuat naik foto penimbang berat badan menunjukkan berat badannya hanya 35 kilogram ketika ini.
Kena buat radioterapi
Melalui IG Stories berkenaan, Elyana berkongsi mengenai prosedur dan proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital. Setiap satu beg darah yang dimasukkan ke dalam badannya memerlukan lebih kurang tiga jam dan penyanyi ini memerlukan dua beg darah. Itu tidak termasuk dengan susu sebagai sumber protein untuk badannya memandangkan dia memiliki berat badan 35 kilogram sahaja.
Kemungkinan besar saya akan buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak buat kimoterapi. Jadi buat radioterapi di bahagian dada. Disebabkan saya selalu batuk, saya punya paru-paru agak sedikit bengkak. Apa-apapun, kena buat CT scan dulu sebelum kita decide buat radioterapi.
Elyana juga meminta agar peminat dan pengikutnya mendoakan kelancaran proses rawatan ini dan kesihatan buat dirinya
Sumber: Elyana