Meskipun sudah tampil membuka mulut dan menafikan segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, pempengaruh Cupcake Aisyah dan keluarga masih tidak boleh ‘lari’ daripada menerima pelbagai kecaman daripada netizen.
Lebih teruk, ibunya iaitu Sue Razip menerima satu kiriman Whatsapp berbaur ugutan daripada individu yang tidak dikenali.
Artikel Berkaitan: Cupcake Aisyah Nafi Jalin Hubungan Dengan Bekas Teman Lelaki Leona
Artikel Berkaitan: Leona Trauma Kawan Baik Bercinta Dengan Ex Boyfriend, Netizen ‘Serang’ Pelakon Baharu, Cupcake Aisyah?
Artikel Berkaitan: Dituduh ‘Sondol’ Bekas Teman Lelaki Leona, Ibu Tampil Pertahan Cupcake Aisyah – ‘Jangan Sampai Merangkak Di Padang Mahsyar’
Boleh kesan pemilik tak?
Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di Instagram, Sue memberitahu dia mendapat kiriman Whatsapp daripada individu yang tidak dikenali. Individu tersebut memberi teguran buatnya agar tidak pertahankan anak sendiri. Bukan itu sahaja, individu tersebut turut memintanya untuk berfikir bagaimana perasaan sekiranya suami sendiri pula yang dirampas.
Berikutan daripada itu, Sue dilihat memuat naik sekeping foto berada di hadapan balai polis. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini dipercayai membuat laporan polis susulan menerima pelbagai ugutan, kecaman dan komen berbaur fitnah. Di samping itu, Sue dipercayai ingin mencari peguam yang bagus untuk menyelesaikan kes fitnah yang sedang menimpa keluarganya.
Terdahulu, Aisyah didakwa telah merampas bekas teman lelaki kepada seorang lagi pempengaruh terkenal yang juga merupakan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, iaitu Kasih Iris Leona.
Sumber: Sue Razip