berita

Terima Ratusan Mesej Setiap Hari, Lufya Mohon Jejaka Di Luar Sana Jaga Maruah Diri

December 5th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Walaupun kemelut rumah tangga pelakon Lufya dan suaminya Dr Che Muhammad Hafiz masih belum selesai. Pelakon itu kini, meluahkan perasaan tidak tahan apabila mendakwa menerima beratus-ratus mesej setiap hari daripada jejaka yang tidak dikenalinya.

Ratusan kiriman di media sosial

Menerusi laporan Berita Harian, Lufya memberitahu bahawa dia menerima ratusan kiriman di media sosialnya. Namun dia tidak membalas kiriman tersebut kerana sedar akan statusnya sebagai seorang isteri. Tambahnya, sebagai seorang isteri dan wanita, dia masih mampu menjaga maruah dirinya dan berharap jejaka di luar sana turut menjaga maruah mereka juga.

Beratus-ratus mesej saya terima konon hendak ‘merawat’ hati ini. Saya tak balas kerana saya masih isteri orang walaupun status bagai ‘tergantung’. Saya boleh jaga diri dan maruah. Kenapa lelaki yang menghantar mesej begini tidak boleh jaga diri?

Bukan niat saya hendak berbangga dengan berkongsi paparan skrin mesej diterima di Instagram (IG), apatah lagi bermegah konon ada yang sanggup membahagiakan diri ini. Hakikatnya, saya masih isteri orang. Jadi, hentikanlah menghantar mesej begitu.

Alhamdulillah rezeki Haura

https://www.instagram.com/p/B5pm2pEnqkW/

Menerusi Instagram Lufya, dia berkongsi berita gembira buat semua peminatnya bahawa dia akan kembali semula dalam bidang lakonan. Walaupun, 3 tahun meninggalkan dunia seni, kali ini dia nekad untuk aktif semula. Pada masa yang sama, dia turut memberitahu bahawa penglibatannya semula dalam bidang seni merupakan rezeki anaknya.

Tidak menjalankan tanggungjawab

Sebelum ini, rumah tangga Lufya menjadi perhatian ramai apabila dia memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin. Pada masa yang sama, dia turut meluahkan bahawa perasaan terhadap suaminya sudah tiada lagi. Lufya dan suaminya dijangka hadir ke mahkamah untuk prosiding permohonan cerai 10 Disember ini.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×