berita

Terima Vaksin Bersama Jokowi, Raffi Ahmad ‘Brainwash’ Golongan Anti-Vaksin Indonesia

January 15th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Indonesia merupakan salah satu negara terawal di Asia yang telah memperolehi vaksin bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat. Memetik laporan CNN Indonesia, Presiden Indonesia iaitu Jokowi dan pelakon Raffi Ahmad antara individu yang terawal disuntik vaksin tersebut.

Raffi Ahmad menerusi temubual di rancangan Mata Najwa berkongsikan pengalaman sewaktu menerima vaksin ini.

Kumpul semua tokoh, buatkan mereka percaya

Tidak dinafikan, ramai juga rakyat Indonesia berasa ragu-ragu untuk menerima vaksin ini. Raffi turut mengakui ramai di antara rakyat Indonesia gemar membaca berita yang tular di sosial media mengenai kandungan cecair vaksin itu.

Ini juga salah satu tugas aku sebagai influencer. Sesuatu yang benar harus ditegakkan. Seperti pengalaman saya yang saya rasai, ya.. ini benar. Kalau kita sosialisasikan yang benar dan seiring dengan waktu, pastinya semua berjalan lancar. Satu minggu, sebulan ini kita akan membuatkan semua percaya dengan hal yang positif.

Malah, Raffi juga menegaskan agar rakyat harus percaya dengan pentadbiran dan tindakan dari pemimpin yang menyarankan suntikan vaksin kepada rakyat. Dia juga cuba untuk membuat golongan anti-vaksin percaya akan kesan yang positif terhadap ubat ini.

Kita harus percaya sama pemimpin, pemerintah kita. Ini bukan isu di Indonesia saja, tapi isu di dunia. Pastinya pemerintah sudah concerned sangat. Ini pasti benar, aku dengan Pak Jokowi sudah disuntiknya. Kita kumpulkan semua tokoh-tokoh masyarakat untuk buatkan mereka semua percaya.

Mengantuk selepas divaksin

Sementara itu, Ridwan Kamil merupakan salah seorang sukarelawan yang pertama diberi suntikan vaksin. Dia turut berkongsikan pengalaman dan kesan selepas disuntik vaksin tersebut.

Kepada seluruh masyarakat Indonesia yang ragu-ragu dan tanya kesannya, saya tidak demam, saya tidak ada bengkak. Tidak berubah warna hijau, atau jadi Spiderman. Cuma ada kesan seperti Raffi Ahmad saja. Satu jam ngantuk kerana ada cairan masuk dan ngantuk selama tiga hari. Alhamdulillah, saya sihat. Penuh dengan 90% anti-body Covid. Jangan tidak usah khawatir. Inshaallah semuanya aman.

Sumber: Najwa Shibab, CNN Indonesia

SKIP THIS AD ×