berita

Teringin Bekerja Di Atas Awan Biru? Jom Hadir Ke Temuduga ‘Walk-in’ Singapore Airlines!

July 7th, 2023 | by Umirah Halim
Kini Trending

Kalau pergi airport mesti seronok je kan tengok pramugari dan pramugara berjalan dengan luggage diorang tu.

Mesti korang pernah je berangan nak jadi cabin crew jugak kan? Yelah, tengok macam best je boleh travel oversea sambil bekerja.

Ha..buat korang yang teringin nak jadi one of the anak-anak kapal, ini merupakan berita baik untuk korang sebab syarikat penerbangan Singapore Airlines akan mengadakan walk-in interview untuk new recruitment!

Tunjukkan kemampuan korang, jangan malu-malu!

Korang diluar sana yang berminat sangat nak jadi pramugari atau pramugara, jangan lepaskan peluang untuk pergi walk-in interview bersama Singapore Airlines ni tau.

Berikut merupakan details untuk sesi walk-in interview:

Tarikh: 29 Julai 2023

Masa: 8.30 pagi – 2.00 petang

Tempat: Pullman KL City Centre

Jom ajak kawan-kawan korang yang mana nak jadi flight attendant tu sebab tak salah kalau kita cuba nasib kan?

Kalau dapat, confirm seronok tau sebab Singapore Airlines menawarkan pelbagai benefit untuk pekerja mereka.

Tawaran gaji tinggi sehingga RM15 ribu sebulan? Wah, masyuk woo!

Kredit: The Telegraph

Untuk pengetahuan korang, kalau korang berjaya diterima masuk sebagai cabin crew Singapore Airlines ni, korang akan dapat gaji tinggi yang boleh cecah sehingga RM15 ribu sebulan! OMG, banyak nya!

Bukan sekadar boleh travel sambil bekerja je, tapi korang juga boleh nikmati faedah seperti faedah perjalanan (perjalanan percuma setahun sekali dan tiket perjalanan bersubsidi) dan faedah perubatan.

Tingkatkan tahap potensi kerjaya korang bersama Singapore Airlines!

Singapore Airlines juga menyediakan peluang untuk pekerja mereka mengembangkan potensi kerjaya secara profesional.

Jadi, bolehlah korang dapatkan pengalaman kerjaya yang lebih bernilai disini.

Selain itu, buat korang yang ‘newbie’, korang juga akan menjalani kursus latihan yang menawarkan kemahiran hidup seperti bantuan pernafasan (CPR) dan pertolongan kecemasan.

Baru lah lancar kerja korang kalau ada emergency atas kapal atau dekat mana-mana pun nanti kan?

Ha..banyak betul kelebihan yang ditawarkan Singapore Airlines untuk pekerja mereka.

So, korang tunggu apa lagi? Jangan lupa save the date dan buat persediaan yang secukupnya baru lah korang boleh pass the interview dengan cemerlang! All the best korang!

Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Singapore Airlines atau sosial media:

Instagram: @singaporeair

Facebook: @singaporeair

SKIP THIS AD ×