Hasrat perseorangan badminton lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia ingin menikmati nasi lemak selepas selamat tiba di tanah air dari Tokyo, Jepun akhirnya termakbul.
Sekali dapat tiga bungkus
Menerusi kemaskini akaun Instagram (IG) miliknya, Zii Jia memberitahu kepada pengikutnya yang dia ada menerima tiga bungkus nasi lemak daripada individu yang tidak diketahui identiti.
Tidak ingin mengecewakan usaha murni penghantar tersebut, Zii Jia menyatakan dia akan cuba untuk menghabiskan nasi lemak yang dihantar itu.
Alamak! Saya tak tau sapa yang order ini. Adoi saya minta satu ja nasi lemak tapi yang datang tiga. Macam mana nak habiskan? Bagaimanapun, terima kasih sangat. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk habiskan nasi lemak ini.
Netizen puji sikap pandai hargai pemberian orang
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat wanita memuji dengan kecomelan suara Zii Jia selain sikapnya yang menghargai pemberian dari seseorang yang tidak dikenali.
Sebelum ini, Zii Jia pernah meluahkan rasa kecewa kerana tempat penginapan dia menjalani kuarantin tidak menyediakan juadah popular rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, dia memesan nasi kandar sebagai ganti.