

Viral di media sosial mengenai nasib malang seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Maghribi, Rabat yang dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah perigi ketika sedang bermain di utara pekan Tamrout, 100 kilometer dari Chefchaouen.
Terjatuh ke dalam perigi

Menerusi laporan, Rayan dipercayai terjatuh sedalam 32 meter menerusi satu saluran sempit di dalam perigi berkenaan sejak Selasa yang lalu (8 Januari 2021). Sebelum ini, bapa kepada mangsa iaitu Khalid Agoram telah membuat laporan akan kehilangan anaknya sebelum dikenal pasti terperangkap di dalam lubang.
Misi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai oleh Jabatan Perlindungan Awam Maghribi giat dilakukan dan bakal ditamatkan pada bila-bila masa. Keadaan kanak-kanak ini dilaporkan berada dalam keadaan sedar berikutan pihak berkuasa meletakkan kamera bagi melihat keadaanya dan dia dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Ujar jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas pasukan penyelamat mengorek lubang selari dengan perigi berkenaan untuk membina terowong bagi mengeluarkan mangsa.
Salurkan bekalan kepada mangsa

Mengulas lebih lanjut, pasukan penyelamat turut menyalurkan bekalan oksigen dan makanan ke dalam tempat kanak-kanak itu terjatuh dan pihak perubatan telah bersiap sedia untuk memberikan rawatan kepada mangsa. Setakat ini, sedalam 24 meter sudah digali oleh pihak berkuasa dan mereka masih memerlukan enam meter bagi mengeluarkan mangsa.
Menerusi semakan di media sosial, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa kanak-kanak ini dan turut menitipkan doa supaya urusan pencarian dapat dilakukan dengan secepat mungkin.
Semoga dipermudahkan urusan
https://twitter.com/_0rEv/status/1489540018616119299?s=20&t=tsaPwhmDl91CY053nSZKcQ
https://twitter.com/sh1fae/status/1489207893337554947?s=20&t=tsaPwhmDl91CY053nSZKcQ
#SaveRayan Five years old Moroccan boy trapped in tiny tunnel 32 meters deep. Has been trapped for 3 days. All eyes on rescue mission. Pray for him. 🙏 https://t.co/jrxDcBUYap
— Samar D Jarrah (@SamarDJarrah) February 4, 2022
Sumber: Us7p & The Guardian






