berita

Terjun Dari Tingkat 28, Wanita Ditemui Maut Tersangkut Di Tingkat 20 Kondominium

December 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita warga tempatan dilaporkan maut dipercayai akibat terjun dari sebuah bangunan di Damansara Perdana, Selangor pagi tadi.

Terjun tingkat 28

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu dikatakan terjun dari tingkat 28 sebuah kondominium sebelum mayatnya tersangkut di tingkat 20 bangunan terbabit. Pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung insiden dan mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam bangunan melalui tingkap di tingkat 20.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Faizul Izwan Mohamad, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Kosmo, Bernama

SKIP THIS AD ×