berita

Terkenal Dengan Jolokan Klon P. Ramlee, Fairuz Misran Meninggal Dunia

September 8th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Fairuz Misran Meninggal Dunia

Penyanyi yang terkenal dengan jolokan klon kepada seniman negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Fairuz Misran disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 1.30 tengahari Jumaat.

Artikel Berkaitan: Bapa Anna Jobling Meninggal Dunia

Al-fatihah

Berita mengejutkan itu diumumkan sendiri abang kepada Fairuz, Ruzaidi Misran melalui hantaran di Facebook.

Innalillahiwainnahirojiun. Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke Rahmatullah baru sebentar tadi.

Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Walau bagaimanapun, punca kematian pelantun lagu ‘Ikatan Asmara’ itu tidak didedahkan abangnya.

Sekadar info, Fairuz mula terkenal selepas menjuarai pertandingan bintang P. Ramlee peringkat kebangsaan pada 2012.

Dia juga diberi jolokan klon P. Ramlee kerana mempunyai vokal serta paras rupa yang mirip dengan seniman negara berkenaan.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×