Akibat terlalu letih dengan kehidupan seharian, seorang wanita terpaksa mencampurkan ubat batuk ke dalam susu anaknya.

Artikel Berkaitan: Tertekan Anak Tak Boleh Merangkak, Wanita Tergamak B*nuh & Buang Bayi Dalam Sungai

Artikel Berkaitan: Gadis Hamil Anak Luar Nikah Panik Semasa Bersalin, Simpan Mayat Bayi Dalam Termos Nasi

Terlalu penat

Gambar sekadar hiasan

Menerusi perkongsian di laman X, wanita tersebut mengalami keletihan melampau sehingga tidak dapat berehat selain waktu tidurnya juga terkesan.

Menurut wanita berkenaan, anaknya terlalu menginginkan perhatian setiap masa, lalu menyebabkan fizikalnya juga terjejas.

Aku campur susu anak aku dengan ubat batuk, anak aku umur setahun enam bulan.

Aku penat sangat, suami aku outstation sudah dua hari.

Anak aku jenis mengempeng, tidur sekali sahaja itu pun sejam dan malam dia kuat terkejut.

Mata aku sampai ada dark circle, melengkung ke dalam. Tanda aku terlalu penat.

Aku menangis masa letak ubat tu.

Nasihat netizen

Gambar sekadar hiasan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati dengan keadaan wanita tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka juga memberi nasihat kepadanya supaya mencari bantuan dan meminta sokongan daripada orang sekeliling.

Bawa anak ke taman permainan dan bagi dia buat aktiviti di luar. Jadi dia akan penat dan cepat tertidur.

Minta suami awak ambil cuti kalau tak boleh minta dia bayar baby sitter. Kena rehat dan kena refresh diri, janganlah bagi ubat nanti menyesal kemudian hari.

Awak burnout ni, minta tolong orang untuk tengokkan dulu anak itu dan awak kena cari bantuan juga.

Faham sangat penat tu. Mata saya pun dah hilang seri, muka jadi hodoh sebab dark circle and eyebag. Tapi janganlah buat anak macam itu, salah dos boleh rosak buah pinggang dan hati anak.

Sumber: X