

Gambar sekadar hiasan
Seorang gadis berusia 22 tahun di Indonesia telah membunuh bayi yang baru dilahirkannya dan memasukkan mayatnya ke dalam termos nasi.
Artikel Berkaitan: Guru Terkejut Dengar Bunyi Bayi, Pelajar Perempuan Terberanak Semasa Jawab Peperiksaan
Artikel Berkaitan: Remaja 14 Tahun Rogol Budak 3 Tahun, Buang Mayat Dalam Parit Belakang Rumah
Hendak buang air

Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Kompas, gadis berkenaan melahirkan anak tersebut tanpa pengetahuan keluargnya kerana bayi tersebut merupakan anak luar nikah.
Menurut Avi, dia melahirkan bayi tersebut secara sendirian ketika hendak membuang air. Pada waktu itu juga, dia menjadi panik apabila kepala bayi sudah berada di dalam lubang tandas.
Tambahnya lagi, bayi tersebut hanya bergerak dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi.
Avi kemudian mengambil bayi tersebut dan menyelamkannya ke dalam gayung berisi air hingga tidak bergerak lalu membungkus mayat bayi itu dalam beg plastik hitam dan memasukkannya ke dalam termos beras 30 liter.
Selepas melahirkan, Avi mengalami pendarahan teruk sehingga menyebabkannya pengsan dan kemudian dia dikejarkan ke hospital.
Apabila saya sedar saya berada di hospital. Petang esoknya (Khamis, 14/12) saya terus ditahan polis.
Sementara itu, doktor yang memeriksa AVI menemui kesan luka di bahagian alat sulitnya.
Setelah pemeriksaan lebih terperinci, pihak hospital menemukan plasenta bayi yang masih belum keluar dari alat kelamin Avi.
Selepas disoal siasat, Avi akhirnya mengaku di hadapan keluarganya bahawa dia baru sahaja melahirkan bayi lelaki secara normal.
Pihak polis dan keluarga Avi terus mencari lokasi mayat bayi malang itu dan mereke menemuinya di dalam termos beras berkapasiti 30 liter air.
Menurut Ketua Polis Ary Fadli, disebabkan tindakan Avi itu, dia boleh dikenakan hukuman 15 tahun penjara.
Sumber: Kompas





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)