Foto: Tangkap layar video
Tidak dinafikan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun yang lalu, ramai individu yang terkesan dan hilang punca pendapatan. Bahkan, terdapat banyak peniaga yang terpaksa ‘gulung tikar’ berikutan tidak dapat lagi menampung kos-kos sampingan, ditambah pula bilangan pelanggan yang semakin berkurangan.
Artikel Berkaitan: Kisah ‘Kesusahan’ Ibu Tunggal Bersama 10 Anak Undang Sebak, Terpaksa Cari Rumah Baru Untuk Disewa
Artikel Berkaitan: Anak Baru Meninggal 3 Bulan Lepas, Rumah Pula Terbakar…
Seperti video yang dikongsi seorang lelaki di laman TikTok, dikenali sebagai Darwish, tampil menceritakan kisah ibunya yang merupakan seorang peniaga kedai makan. Ibunya terpaksa menanggung kos kerugian yang tinggi dan turut kehilangan punca pendapatan.
Hilang punca pendapatan
Foto: Tangkap layar video
Jelas lelaki ini, ibunya telah hilang punca pendapatan sepanjang pelaksanaan PKP dan perkara tersebut berlarutan sehingga sekarang. Apa yang lebih menyedihkan, apabila ibunya ‘terpaksa’ membuat semua kerja-kerja berseorangan kerana tidak ada lagi sebarang pekerja. Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat pelbagai jenis lauk-pauk yang telah dimasak oleh ibunya namun, jika dilihat restoran tersebut agak lengang dah sunyi daripada kunjungan pelanggan.
Ramai Work From Home (WFH) dan punca pendapatan terjejas sehingga 70%. Selama 3 bulan awal 2020 kedai mak aku tak meniaga disebabkan pandemik.
Sedikit pun tak dapat pengurangan pembayaran sewa, walaupun dah nyatakan alasan tidak dapat berniaga sepanjang tempoh berkenaan. Sekarang owner, upah peguam untuk kami bayar sewa dengan kadar segera, atau tindakan segera bakal diambil. Jumlahnya RM3,500-RM10,500.
Ujarnya lagi, dia sebelum ini pernah memohon bantuan daripada pihak berkenaan, namun permohonannya itu sama sekali tidak diluluskan. Pada masa yang sama, dia turut mendoakan supaya perniagaan ibunya kembali pulih seperti sedia kala.
Video penuh
@double_ffkalau korang kt tempat aku ape yang korang buat?? bunyi asal – Lukeydarwish
Semoga dipermudahkan
Sumber: Darwish