Foto: Suara.com
Gara-gara tidak mendapat keizinan berkahwin satu lagi selepas terlanjur bersama adik iparnya (adik kandung isteri), seorang lelaki tergamak menamatkan riwayat isterinya.
Terlanjur dengan adik ipar sampai hamil
Foto: Detik.com
Kejadian tersebut dipercayai terbongkar selepas suspek, Berry Primanael membawa isterinya, Siti Hasanah yang sedang nazak ke hospital sebelum mangsa disahkan meninggal dunia. Bagaimanapun, kakak Hasanah iaitu Sulastri berasa curiga dengan kematian mengejut adik perempuannya. Oleh itu, dia nekad membuat laporan polis dan hasil siasatan membongkarkan bahawa mangsa meninggal dunia akibat diracun.
Susulan daripada itu, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan. Suspek dipercayai telah membeli racun jenis pottasium secara dalam talian dan mencampurkan racun tersebut ke dalam air kosong. Selepas itu, suspek mengejutkan isterinya yang sedang tidur sebelum memaksa wanita itu minum air beracun tersebut.
Menurut sumber, suspek nekad meracuni isterinya kerana berang tidak diizinkan untuk berkahwin dengan adik iparnya yang kini sedang hamil satu bulan akibat hubungan terlarang mereka.
Namun ada dakwaan mengatakan bahawa suspek sengaja mereka cerita bahawa adik iparnya itu hamil hanya kerana mahu bernikah satu lagi.
Sumber: Tribunnews,Antvklik