Umum tahu baru-baru ini Dai Syed selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Hana Ismail. Perbezaan sembilan tahun di antara mereka tidak menjadi halangan untuk disatukan, malah mendapat pujian daripada netizen atas keserasian pasangan ini.
Namun, tindakan Dai Syed yang bergurau tentang kahwin lain menerusi live Instagram semalam menarik perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sweetnya! Ramai Suka Tengok Hana Ismail, Nampak Muda & Seiras Dengan Da’i Syed
Artikel Berkaitan: [VIDEO]’Perkenalan Hanya Selama Sebulan’ – Beza Usia 9 Tahun Bukan Halangan, Da’i Syed Bawa Hana Ismail Jumpa Ayah Di Mesir
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Da’i Syed Sah Bergelar Suami Hana Ismail
Tarik muka
@anglemira.ak KISAH CINTA DAISYED #daisyed #hanaalmauzah #sweetcouple #fyp? #foryoupage #explore #mstar #fyp??viral
Menerusi live yang dimuat naik seorang individu di Tiktok, dipercayai tujuan live yang dibuat pasangan selebriti itu adalah untuk membuka hadiah-hadiah yang diterima ketika majlis perkahwinan mereka.
Sementara itu, walaupun pasangan itu masih baru dalam alam perkahwinan, mereka tetap romantis dengan berbalas usikan dengan satu sama lain. Walau bagaimanapun, netizen terhibur dengan gurauan yang dibuat Dai Syed ke atas Hana dengan usikan tentang memiliki isteri lebih dari satu.
Saya mintak izin dulu dari awak.
Gurauan yang dibuat Dai Syed membuatkan riak wajah isterinya itu serta merta berubah.
Dalam pada itu, segelintir warganet menasihati Hana untuk tidak berfikir ke arah itu dan doakan yang terbaik sahaja.
Netizen nasihat
Sekadar info, Dai Syed dan Hana Ismail selamat diijabkabulkan jam 11.46 pagi, pada 3 Disember 2022.
Sumber: Tiktok @randomvids