Pasangan selebriti, Da’i Syed dan Hana Ismail sah menjadi pasangan suami isteri pada pagi Sabtu hanya dengan sekali lafaz.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Da’i Syed Sah Bergelar Suami Hana Ismail
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Kahwin Dalam Masa Terdekat, Mengaku Hana Ismail Bantu Ubah Perangai ‘Nakal’
Hana nampak sebaya
@ohbulanofficial Ketika ditemui OhBulan!, Syed mendedahkan proses perkenalan mereka hanya memakan masa selama sebulan ? #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #daisyed #hanaismail ? original sound – Ohbulan
Ketika ditemui OhBulan!, Syed mendedahkan proses perkenalan mereka hanya memakan masa selama sebulan iaitu selepas mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober lalu.
Kata pendakwah sensasi yang berumur 27 tahun itu, hatinya terpaut dengan sifat peribadi Hana yang suka menghadiri majlis ilmu.
Budi bahasanya sangat tinggi malah dia antara orang yang suka pergi ke majlis ilmu. Kesempurnaan dia sedikit banyak melengkapkan kekurangan saya.
Mengulas mengenai sembilan tahun jarak usia dengan Hana, Syed menjadikan Nabi Muhammad SAW dan isteri sebagai contoh selain katanya itu tidak menjadi satu masalah besar untuk mereka bersama.
Rasulullah SAW dan isteri baginda juga mempunyai perbezaan usia, jadi isu itu bukan masalah malah saya jadikan sebagai contoh.
Pada awalnya saya sendiri tak sangka usianya 36 tahun malah ingatkan dia sebaya sebab wajahnya nampak cantik dan tidak menggambarkan umur sebenar.
Destinasi bulan madu
Dalam pada itu, pemilik nama Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail memberitahu mereka akan mengerjakan umrah pada awal tahun hadapan dan seterusnya akan ke Mesir bagi melawat ayahnya, Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail yang menetap di sana.
Minggu depan, kami akan ke Sabah atas urusan kerja dakwah dan insya-Allah jika tiada halangan kami akan mengerjakan umrah bersama-sama.
Kemudian, kami berkunjung ke Mesir untuk melawat keluarga walid (ayah Da’i Syed) yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan.
Saya juga merancang untuk membawa isteri bertemu dengan saudara mara yang lain di Mesir.
Terdahulu pasangan ini selamat dinikahkan oleh jurunikah, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohd Nazri Yacob dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan pada 11.46 pagi di Masjid Ibnu Mas’ud.
Pada majlis itu, Da’i Syed menyerahkan mas kahwin seutas gelang, manakala wang hantaran dirahsiakan.
Sumber: Instagram @daisyed_