Pelakon veteran, Wan Maimunah memberitahu dia tidak pernah menerima bayaran setimpal dengan hasil kerja keras yang dilakukannya selama ini.
Artikel Berkaitan: Bukan Drama Air Mata, Wan Maimunah Sebak, Terharu Terima Bantuan Barangan Keperluan
Artikel Berkaitan: Video Terima Bantuan Disalah Erti, Wan Maimunah Mohon Henti Kecam Seniman
Bayaran tak setimpal
Menurut pelakon berusia 65 tahun itu, dia layak mendapat bayaran yang lebih jika dilihat dari segi hasil kerjanya.
Biasanya Ibu memang tak ambil wang pendahuluan kerana bayarannya pun tak seberapa, tetapi itu pun ada yang liat nak bayar sampai kita pula terpaksa meminta-minta. Bayaran diberikan juga tak setimpal dengan usaha diberikan sampai pernah ibu minta tokok (tambah) dan tidak kisah bayaran dibuat selepas semua kerja selesai.
Ada orang kata Ibu bodoh, tetapi Ibu bukan jenis kisah sangat kerana berapa pun bayaran diberikan itu adalah rezeki Allah.
Walau bagaimanapun, pelakon yang terkenal dengan drama air mata itu tidak menyalahkan pihak produksi sepenuhnya sebaliknya menyeru pihak penerbit agar lebih peka dengan kebajikan pelakon.
Ibu rayu kepada penerbit turun padang intai-intai sama ada pengurus produksi lakukan kerja secara jujur atau sebaliknya.
Ujarnya lagi, dia sudah memaafkan serta menghalalkan tunggakan oleh pihak yang masih belum melunaskan bayaran kepadanya.
Sumber: Boom