Sebut saja nama Wan Maimunah, sudah pasti tergambar lakonan menyayat hati watak air mata yang memberi kesan buat peminat drama tanah air. Namun, satu video viral mengenai dramatis ini bukan lakonan, tapi realiti apabila dia terharu menerima bantuan barangan keperluan sekumpulan pendakwah.
Sebak terima bantuan
Menurut laporan Berita Harian, pelakon 67 tahun ini tidak dapat menahan sebak menerima bantuan beras, roti dan barangan dapur lain.
Saya dihubungi Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin beritahu ada ustaz nak datang.
Alhamdulillah, terima kasih, rumah ibu jauh, tetapi ustaz tetap sudi datang. Setiap yang baik, Allah membalas dengan kebaikan juga hendaknya.
Sumbangan berkenaan disampaikan Ustaz Sheikh Mohammad dan beberapa ustaz muda, tempoh hari di kediaman anak angkat pelakon itu di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor. Ujar Ustaz Sheikh Mohammad dia hanya menjalankan tanggungjawab dan berharap perkara itu tidak diperbesar.
Insan seni seperti ibu (Wan Maimunah) amat dihormati dalam kalangan masyarakat kerana sumbangannya dalam bidang seni. Lakonannya menyampaikan kisah dan teladan kepada manusia lain, besar pengaruhnya.
Bagi saya, dengan bertanya khabar dan membantu serba sedikit dapat meringankan beban emosi insan seni seperti ibu.
Sumber: Berita Harian