Sebelum ini, Komisi/Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) pernah melarang mana-mana individu yang terlibat dalam Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT) daripada muncul dalam mana-mana program televisyen dan radio.
Artikel Berkaitan: Nampak ‘Loving’ Rupanya Suami Kaki Pukul? Penyanyi Buat Laporan Polis Dakwa Dicekik & Dihempas Ke Lantai
Artikel Berkaitan: Leher Dipasang Pendakap, Lesti Kejora Masih Trauma Dipukul Rizky Billar
Nama Rizky digugurkan sebagai hos
Susulan daripada itu, pihak produksi program ‘Dangdut Academy 5’ sebulat suara menggugurkan nama Rizky Billar sebagai pengacara rasmi rancangan berkenaan.
Kami umumkan bahawa mulai malam ini, Rizky billar tidak lagi menjadi hos Dangdut Academy 5.
Menerusi siaran yang ditayangkan semalam, ramai rakan artis di ‘Dangdut Academy 5’ meluahkan rasa sedih dan hiba dengan insiden yang menimpa Lesti Kejora yang juga merangkap salah seorang juri program berkenaan. Dalam pada itu, mereka mendoakan agar Lesti Kejora diberi kesembuhan dan ketabahan dalam mengharungi dugaan mendatang.
Di pentas ini, Lesti berjuang. Di pentas ini, Lesti berprestasi. Di pentas ini, Lesti menemukan cinta dan kini hanya tinggal cerita. Betul kata-kata teman kita, hentikan KDRT. L for Lesti, L for Love.
Dalam kesempatan itu, mereka turut mengajak masyarakat Indonesia supaya berani untuk bersuara dan menolak segala bentuk kekerasan dalam rumah tangga.
Menerusi laporan sebelum ini, Lesti Kejora mendakwa suaminya, Rizky Billar berlaku curang sebelum dia dipukul sehingga mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan leher. Lesti kemudian dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Rumah Sakit Bunda Menteng selama empat hari.
Terdahulu, Lesti Kejora dan Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Sumber: Liputan6