Berita pergolakan rumah tangga pasangan selebriti Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora mendapat liputan meluas.
Artikel Berkaitan: Tidak Hadir Ke Infotainment Awards 2022, Rizky & Lesti Menang Kategori ‘Best Couple’
Artikel Berkaitan: Dua Kali Bertengkar Dengan Rizky Billar, Lesti Kejora Kini Dirawat Di Hospital – ‘Keadaannya Sangat Lemah’
Sudah keluar hospital
Terbaharu, Lesti dilaporkan sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Rumah Sakit Bunda Menteng selama empat hari.
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes Pol E Zulpan, Lesti enggan pulang ke rumah yang didiami bersama Rizky kerana masih berasa trauma.
Lesti tidak mahu serumah dengan Muhammad Rizky kerana trauma. Lesti kini berada di tempat yang tidak perlu saya katakan tetapi berada di tempat selamat.
Tulang leher bergesel
Sebelum ini, Detik.Com, berkongsi foto yang memaparkan Lesti terbaring di atas katil hospital dan dipakaikan pendakap leher.
Keadaan Lesti Kejora sewaktu dirawat di RS Bunda Menteng dengan lehernya dipasang pendakap.
Kata Zulpan, Lesti mengalami kecederaan pada dua bahagian leher gara-gara tindakan panas baran Rizky.
Ada dua bahagian tulang leher yang bergeser, jadi dipasang pendakap.
Pada minggu lalu, penyanyi dangdut itu mendakwa suaminya berlaku curang. Pelakon yang berusia 27 tahun dikatakan mula bertindak agresif dengan memukul dan menolak Lesti di atas katil sebelum mencekiknya sehingga wanita itu terjatuh di lantai.
Kes yang masih dalam siasatan pihak polis ini disiasat mengikut Pasal 44 Undang-undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga (UU PKDRT). Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia.
Terdahulu, Lesti Kejora dan Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Sumber: Detik.Com