berita

Terpalit Kes Pelacuran, Seungri Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun & Denda Hampir RM74k

July 2nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Channel News Asia

Beberapa tahun lalu, industri hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan satu berita mengenai seorang penyanyi dari kumpulan Big Bang iaitu Seungri didakwa terlibat dalam kes skandal rasuah, penggunaan dadah dan pelacuran di kelab peribadi miliknya.

Terbaru, Pihak Pendakwaan Ketenteraan mencadangkan Seungri dijatuhi hukuman 5 tahun penjara.

5 tahun penjara

Foto: Koreaboo

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Soompi, bekas ahli kumpulan Big Bang itu telah didakwa atas sembilan kesalahan antaranya ialah pelanggaran undang-undang tentang hukuman berat, jenayah ekonomi khusus, pelanggaran terhadap sanitasi makanan, perjudian, jenayah seksual, pengantaraan dan pembelian perkhidmatan pelacuran serta beberapa dakwaan lain.

Dalam perbicaraan yang berlangsung pada 1 Julai lalu, Pihak Pendakwaan Ketenteraan mencadangkan Seungri menjalani hukuman penjara selama lima tahun dan denda 20 juta won iaitu kira-kira RM74,000. Mereka menjelaskan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan itu selama beberapa tahun. Bukan itu sahaja, tertuduh juga didakwa menggunakan wanita Korea atas tujuan pelacuran kepada pelabur asing semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Tidak terhenti di situ, dia juga dipercayai menjalinkan hubungan baik bersama mereka melalui perjudian. Walau bagaimanapun, Seungri menafikan dakwaan tersebut. Difahamkan, hukuman terakhir akan ditetapkan dalam perbicaraan yang akan ditentukan oleh mahkamah kelak.

Sumber: Soompi, Allkpop

SKIP THIS AD ×