berita

Terpalit Kontroversi Didakwa Hina K-Pop, Nazim Othman Tampil Mohon Maaf

February 22nd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Sejak Sabtu lalu, nama pelakon Janna Nick mula ‘trending’ di laman Twitter gara-gara nama satu watak dalam filem terbarunya, Delen iaitu ‘Lisa Blackpig’ yang hampir sama dengan nama kumpulan ‘Lisa Blackpink’.

Artikel Berkaitan : Dikecam Teruk Peminat K-Pop Isu ‘Lisa Blackpig’, Janna Nick Tutup Akaun IG, Twitter?

Terbaru, Nazim Othman turut terpalit dengan isu ini meminta maaf di Insta Story miliknya sebentar tadi.

Nazim mohon maaf

Saya nak minta maaf kepada semua orang seikhlasnya dari lubuk hati saya jika cara saya mengakibatkan ramai terluka atau terasa hati. Terutama sekali komen yang saya tinggalkan oleh saya. Saya komen kerana saya tidak percaya dengan apa yang ditulis.

Menurut Nazim, dia tidak sangka komen yang ditinggalkan di Instagram Janna Nick meninggalkan kesan mendalam buat peminat K-pop. Dia turut memberitahu dia tidak berniat untuk biadap atau menghina sesiapa dengan komen tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata tidak menyalahkan Nazim meninggalkan komen tersebut kerana dia tidak menghina mana-mana ahli kumpulan Blackpink atau orang lain.

 

Tambah Nazim lagi, dia benar-benar minta maaf atas apa yang berlaku dan meminta sokongan semua dan terus bersikap positif. Terdahulu tindakan Janna Nick yang didakwa telah memperlekeh bintang K-Pop di akaun Instagramnya mengakibatkan peminat K-pop seluruh dunia mula menghentam sehinggakan Janna Nick terpaksa membuat laporan polis.

Respon netizen

Sumber : Wawa

SKIP THIS AD ×