berita

Terputus Bekalan Makanan, Budak Nekad Panjat Bumbung, Kibar Bendera Putih Untuk Bantu Nenek

July 9th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Mengibar bendera putih seakan sudah menjadi satu fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan akibat kesusahan disebabkan Covid-19 yang melanda negara.

Itulah yang dilakukan seorang kanak-kanak ini apabila sanggup memanjat balkoni rumah demi mengibarkan bendera putih.

Panjat balkoni kibar bendera putih

Kisah meruntun hati ini dikongsikan oleh seorang aktivis kemasyarakatan, Salwa Naidin menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun TikTok. Menurut wanita ini, aksi tersebut dipercayai dirakam tanpa sengaja ketika dia melalui kawasan rumah pangsapuri PPR itu. Wanita ini bersama pasukannya kemudian bergegas ke rumah kanak-kanak tersebut.

Adik ni tinggal bersama nenek dan adik dia yang masih kecil. Berbulan tidak bayar sewa rumah, bil air dan elektrik. Terputus bekalan makanan.

Jelas Salwa lagi, sebelum ini wanita tersebut hanya menjual kuih-muih untuk menampung kehidupan mereka bertiga tetapi dia terpaksa berhenti berniaga disebabkan keadaan negara dilanda pandemik Covid-19. Berikutan daripada itu, keluarga kecil ini telah menerima sumbangan daripada badan bukan kerajaan (NGO).

Hulur bantuan

@salwanaidinAllah pertemukan kami dengan adik ni. Bersungguh dia kibar bendera putih demi keluarga kecilnya. Allahu ? ##benderaputih ##pkp ##malaysia ##fyp? SurgaMu – UNGU

‘Sedih betul saya tengok’

Sumber: Salwa Naidin

SKIP THIS AD ×