Seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman manis sewaktu dirinya bertembung secara tidak sengaja dengan pempengaruh media sosial, Ameera Khan di lapangan terbang, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Neelofa Kagum Lihat Imej Bertutup Ameera Khan – ‘Semoga Sentiasa Disantuni Rahmat & Kasih Sayang-Nya’

Artikel Berkaitan: Ameera Khan Sifatkan Jefri Nichol ‘Dream Guy’, Syukur Dapat ‘Boyfriend’ Setia & Penyabar

Puji keperibadian Ameera

Menerusi aplikasi Threads, Qistina berkongsi pada mulanya dia tidak menyedari wanita yang ditemuinya itu adalah Ameera.

Namun, selepas mereka saling bertukar senyuman, barulah Qistina menyedari bahawa wanita cantik di hadapannya itu adalah Ameera.

Hari itu terserempak dengan Little Miss Khan (Ameera) di lapangan terbang. Awalnya tak perasan pun dia cuma dalam hati cakap, ‘Lawanya’.

Muka ‘familiar’ tapi tak tahu tengok di mana jadi i pun senyum dan dia pun balas senyuman.

Selepas itu baru teringat, ‘Weh, Little Miss Khan’.

Jadi, saya terus tanya, ‘Boleh tak nak bergambar?’, dan dia terus kata, ‘Eh boleh’ dengan nada yang sangat lembut.

Kata Qistina, meskipun singkat namun momen itu sangat meninggalkan kesan yang mendalam buatnya.

Qistina turut memuji Ameera yang bukan sahaja cantik malah mempunyai keperibadian yang sangat tinggi dan begitu mesra melayan peminat.

Lepas itu dia dengan ja saya bercakap sampai habis dan tak ada pun tunjuk kelam kabut ke apa.

Kemudian saya cakap, ‘Okay, terima kasih and safe flight’. Dia terus capai tangan saya sambil cakap terima kasih.

Meskipun kecil tetapi momen ini sangat menyentuh hati saya. Dahlah cantik, ‘good attitude’ pula itu.

Posting Qistina

Sumber: Threads