
Saffron atau nama saintifiknya Crocus sativus iaitu sejenis rempah yang diperoleh daripada stigma bunga saffron, dan telah digunakan sejak ribuan tahun lalu dalam pelbagai masakan serta perubatan tradisional.
Artikel Berkaitan: Petua Cerahkan Siku Hitam Tanpa Kos Mahal, Mudah & Berkesan
Artikel Berkaitan: Nutrisi Keju Untuk Kesihatan & Kecantikan
Menghalang pertumbuhan sel kanser

Harga saffron sememangnya tinggi di pasaran kerana proses penghasilannya yang rumit dan setiap bunga hanya menghasilkan tiga helai stigma yang perlu dipetik secara manual.
Menurut Hello Doktor, saffron kaya dengan sebatian tumbuhan semula jadi seperti crocin, crocetin, safranal, dan kaempferol yang bertindak sebagai antioksidan.
Sebatian ini membantu melindungi sel tubuh daripada radikal bebas, menyokong kesihatan otak, dan keseimbangan emosi.
Malah, crocin dan crocetin khususnya dikaitkan dengan pengurangan tekanan serta perlindungan sel otak. Kajian klinikal juga menunjukkan saffron berkesan mengurangkan simptom kemurungan dengan dos harian sekitar 30 miligram menunjukkan keberkesanannya setanding sesetengah rawatan farmaseutikal.
Selain itu, kandungan antioksidannya berpotensi melawan kanser dengan menghalang pertumbuhan atau membunuh sel kanser tertentu tanpa menjejaskan sel sihat.
Kesan ini turut diperhatikan pada sel kanser kolon, kulit, prostat, serviks, paru-paru, dan payudara.
Walau bagaimanapun, kajian lanjut masih diperlukan kerana kebanyakan penyelidikan setakat ini dijalankan dalam makmal dan masih terhad ke atas manusia.
Memperbaiki daya ingatan

Saffron juga membantu mengurangkan simptom sindrom pra haid (PMS) pada wanita, termasuk sakit kepala, mudah marah, dan keinginan tertentu, dan keberkesanannya adalah lebih baik berbanding plasebo bagi wanita berumur 20 tahun hingga 45 tahun.
Selain itu, pengambilan saffron dapat mengurangkan keinginan makan dan memberi kesan positif terhadap indeks jisim tubuh, lilitan pinggang, serta jumlah lemak badan.
Ianya bersifat afrodisiak yang dapat meningkatkan libido, fungsi ereksi, dan kepuasan seksual, terutamanya bagi individu yang mengambil ubat antidepresan.
Akhir sekali, khasiat saffron yang kurang diketahui ialah kemampuannya dalam menyokong fungsi otak, termasuk membantu memperbaiki daya ingatan pada pesakit Alzheimer.
Sumber: Hello Doktor








