berita

Tertekan Selalu Bergaduh Dengan Suami, Wanita Paksa Anak Minum Racun Sehingga Kritikal

January 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara bergaduh dengan suami, seorang wanita di China tergamak memaksa anaknya untuk meminum racun yang boleh membawa maut. Menerusi Wolrd Of Buzz, wanita itu turut minum racun yang sama sehingga mereka berdua berada dalam keadaan yang kritikal dan di dirawat di hospital.

Rumah tangga bermasalah

Menurut suami wanita tersebut yang dikenali sebagai Liu, dia menerima panggilan dari hospital pada pukul 7 malam, 9 Januari yang lalu. Sewaktu menerima panggilan, pihak hospital memaklumkan bahawa isteri dan anaknya kini berada dalam keadaan yang kritikal dan mereka sedang dirawat di hospital Chengdu.

Ketika disoal polis, Liu memberitahu bahawa rumah tangganya dilanda masalah sejak mereka berkahwin 4 tahun yang lalu. Tambahnya, mereka sudah 2 tahun tidak tinggal sebumbung atas urusan kerja dan tahun lepas baru mereka hidup bersama. Sejak tinggal bersama, isterinya sering meminta duit dan pernah meminta cerai serta hak penjagaan anak mereka yang berusia 3 tahun setiap kali bergaduh. Sehingga satu malam, isterinya tergamak untuk membunuh diri dengan minum racun.

Turut didera dan mempunyai kesan lebam

Selain dipaksa minum racun, Liu turut mendapati keseluruhan badan anaknya itu mempunyai kesan lebam dan kesan kuku di bahagian leher sewaktu diperiksa olehnya. Walau bagaimanpun, keadaan anaknya itu semakin baik setelah dibawa ke hospital. Kakak ipar Liu, turut melemparkan satu tuduhan buat dirinya, di mana punca adiknya berkelakuan sebegitu disebabkan kelakaun suaminya sendiri. Namun, dakwaan tersebut telah disangkal oleh Liu dan punca sebenar telah diketahui umum.

Sumber: Wolrd Of Buzz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.