Pasangan yang mana tak teruja apabila bakal menerima cahaya mata setelah sekian lama menunggu. Macam-macam persedian dilakukan bagi menyambut kelahiran bayi tersebut.

Beberapa hari yang lalu pelakon Fouziah Gous telah melakukan majlis doa selamat dan baby shower bagi meraikan cahaya mata pertama yang dijangka dilahirkan pada bulan Disember.

Namun kami tertarik dengan sebuah akaun Instagram bernama zhafoujr yang mungkin dicipta khas oleh Fouziah Gous dan pasangan buat anaknya, wah!

Still in my Bonda’s womb

Rasanya Zhafoujr tu sebenarnya gabungan nama antara Fouziah Gous dan suaminya zhafyusof, maka terciptalah account ini. Iya lah siapa je tak teruja kan.

One more month to go

Foto sekitar majlis doa selamat & baby shower

Moga Fouziah Gous dapat melahirkan bayinya dengan selamat pada Disember nanti. Mesti comel kan!

Sumber : Fouziah Gous, Zhafoujr