berita

Teruja Order Kek Tunang, Siap Tunjuk Contoh Lagi Tapi Bila Sampai…Hampa!

January 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Korang pernah tak ada pengalaman menempah sesuatu makanan seperti kek dan sebagainya tetapi bila sampai ianya langsung tidak sama seperti apa yang kita mahukan?

Itulah yang dialami oleh seorang wanita ini apabila kek yang ditempahnya langsung tidak sama macam dalam gambar! Tapi bila ditanya, jawapan yang diberikan si penjual ini bikin sakit hati!

Khabar tak seindah rupa

Menurut Ainaa Lilyana, kek tersebut ditempah sempena majlis pertunangannya. Tetapi siapa sangka, harapan untuk memiliki kek yang diidamkan pada hari penting itu akhirnya musnah gara-gara sikap penjual yang dikatakan kurang profesional. Lebih menyakitkan hati apabila penjual kek tersebut langsung tidak mengaku kesalahannya malah bersikap kurang sopan.

Order kek coklat tapi…

Tambah wanita ini lagi, dia telah menghantar gambar, design dan warna kek kepada penjual berkenaan. Bukan itu sahaja, dia juga sudah memaklumkan saiz dan perisa kek yang diinginkannya. Walaupun segala details sudah diberikan tetapi hasilnya sangat mengecewakan.

Tak sangka jadi macam ni

Bila kek dah sampai

Namun segala-galanya ‘musnah’ pada hari pertunangan itu apabila kek yang sampai langsung tidak sama macam yang diimpikan. Ainaa kemudian bertanya kepada si penjual tentang keadaan kek tersebut.

Si penjual seolah-olah tidak mengaku salah dan kononnya dia telah ikut segala permintaan pelanggannya itu. Bukan itu sahaja, Ainaa mendakwa dia telah menempah kek perisa coklat tetapi bila sampai rupa-rupanya kek perisa lain!

Katanya nak refund duit

Tak mengaku salah

Dah minta maaf

Difahamkan, penjual tersebut telah meminta maaf kepada Ainaa atas kesilapan yang dilakukannya.

Sumber: Ainaa Lilyana

SKIP THIS AD ×