berita

Teruja Yusuf & Alisa Dah Ada Kawan Sekolah, Hanis Zalikha Syukur Dapat Adik Beradik Ringan Tulang

June 14th, 2022 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Baru-baru ini, Hanis Zalikha dan suami, Hairul Azreen telah mengadakan sebuah majlis hari jadi untuk kedua-dua anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa. Menurut Hanis, majlis tahun ini sangat meriah memandangkan Yusuf sudah bersekolah dan mempunyai ramai kawan.

Enchanted garden of Princess Vs Zombies

Sempena ulang tahun kelahiran Yusuf yang ke-6 dan Alisa yang ke-3, Hanis memberitahu dia dan Hairul bersepakat untuk mengadakan sebuah majlis bagi meraikan kedua-dua anak mereka. Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah rakan-rakan dan ahli keluarga. Tambah Hanis, adik beradiknya turut teruja untuk melakukan persiapan sebelum majlis berlangsung.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Hanis, pelbagai juadah makanan dan manisan telah disediakan untuk para tetamu. Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk kanak-kanak yang hadir.

Pak cik dan mak cik teruja

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Semua pakcik makcik excited sebab Yusuf dan Alisa dah ada kawan-kawan sekolah jadi boleh buat parti budak-budak full force. I love you my siblings!

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Hanis dan keluarga kerana melakukan persiapan yang sangat ‘perfect’  sempena ulang tahun kelahiran Yusuf dan Alisa. Menurut netizen, Hanis dan Hairul merupakan ibu bapa yang baik dan pandai menggembirakan hati anak-anak termasuk para tetamu. Segala perancangan mereka lakukan dengan teliti ujar netizen.

Sumber: Hanis Zalikha

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×