berita

Tetap Syarat Tak Ganggu Mangsa, Dai Syed Bakal Dibebaskan Lepas Bayar Ikat Jamin RM35,000

December 15th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, pendakwah selebriti yang dikenali sebagai Syed Shah Iqmal telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan mencabul, melakukan seks luar tabii dan merogol. Walaupun begitu, tertuduh tidak mengaku bersalah dan meminta supaya dibicarakan.

Artikel Berkaitan: Da’i Syed Berdepan Dakwaan Seks Luar Tabii & Keganasan Seksual Terhadap Penuntut

Terbaru, wakil tertuduh dikatakan sudah selesai membayar ikat jamin berjumlah RM35,000.

Ikat jamin RM35,000

Menerusi laporan yang dipetik daripada Malaysiakini, Dai Syed sebelum ini terpaksa ‘menginap’ di pusat tahanan reman sementara yang terletak di Beranang selama lima hari. Hal ini disebabkan wang ikat jamin gagal dijelaskan sebelum pejabat tutup.

Namun, pembayaran ikat jamin pertuduhan cabul sebanyak RM5,000, bagi pertuduhan seks luar tabii RM20,000 manakala bagi rogol RM10,000 akhirnya telah dibayar oleh abang dan pengurus Dai Syed. Perkara itu disahkan sendiri oleh peguam Dai Syed iaitu Syed Amirul Syed Edros.

Hari ini (semalam) penjamin sudah selesai bayaran jamin. Bagaimanapun, mahkamah akan maklumkan kemudian mengenai tarikh bila Syed Shah Iqmal akan dapat keluar.

Menurut sumber, Dai Syed juga diwajibkan untuk melakukan ujian saringan Covid-19. Selain itu, menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa.

Sumber: Malaysiakini, Kosmo Online

SKIP THIS AD ×