berita

Tewaskan 8 Filem Popular Antarabangsa, Parasite Cipta Sejarah Dinobat Filem Terbaik Oscar!

February 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini, filem ‘Parasite’ arahan Bon Joon-ho dinobatkan sebagai filem Korea pertama yang memenangi anugerah Festival Filem Cannes di Perancis. Terbaru, filem tersebut sekali lagi memperoleh anugerah tertinggi di Anugerah Akademi, hari ini.

Menerusi laporan BuzzFeed News, filem itu telah merangkul Anugerah Gambar Terbaik dan pada masa yang sama mereka berjaya membawa pulang Anugerah Oscars untuk kategori Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik, dan Filem Ciri Antarabangsa Terbaik.

Kisah keluarga miskin

Menerusi laporan BuzzFeed News, filem yang menceritakan kisah keluarga Kim yang berusaha untuk mengubah kehidupan miskin mereka kepada kehidupan yang lebih baik merupakan filem dan naskhah pertama dari Korea Selatan yang dicalonkan pada Anugerah Akademi.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Song Kang-ho, Lee Sun-kyun, Cho Yeo-jeong, Choi Woo-shik dan Park So-dam, penerbit Parasite, Kwak Sin-ae turut meluahkan perasaan terkejut selepas diberi penghormatan ketika memenangi kesemua anugerah tersebut.

Saya terkedu. Kami tidak pernah mengimpikan ini akan terjadi. Kami sangat gembira. Saya sangat bertuah dapat berada di dalam agenda bersejarah ini. Saya berterima kasih dan menghormati semua juri yang membuat keputusan ini.

Parasite menewaskan filem Joker

Menurut laporan tersebut juga, filem Parasite berjaya menewaskan filem Joker, Ford v Ferrari, Marriage Story, Jojo Rabbit, The Irishman, Little Women, 1917 dan Once Upon a Time In Hollywood. Sementara itu, Joaquin Phoneix dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem Joker. Antara saingan Phoenix dalam kategori itu ialah Antonio Banderas, Leonardo DiCaprio, Adam Driver dan Jonathan Pryce.

Manakala, bintang filem Judy, Renee Zellweger menepati ramalan apabila menewaskan Cynthia Erivo, Scarlett Johansson, Saoirse Ronan dan Charlize Theron dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik. Renee sebelum ini pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Cold Mountain di anugerah yang sama.

Sumber: BuzzFeed News

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×