berita

Michelle Yeoh Kahwin Dengan Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt

July 28th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Michelle Yeoh

Sudah hampir dua dekad menjalinkan hubungan cinta, pelakon Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya sah bergelar isteri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari iaitu Jean Todt.

Artikel berkaitan: Bakal Pulang Ke Malaysia, Michelle Yeoh Bertemu Peminat Pada 18 April

Artikel berkaitan: ‘Apa Dibangga Dengan Anugerah Oscar?’ – PU Syed

Artikel berkaitan: ‘Kejayaan Menang Oscar, Hadiah Sempena Hari Jadi Saya Bulan Depan’ – Ibu Michelle Yeoh

Kenal pada tahun 2004

Michelle Yeoh

Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis yang diadakakan secara tertutup di Geneva, Switzerland, semalam.

Berita gembira itu dikongsi oleh salah seorang tetamu yang hadir iaitu pelumba Formula 1, Felipe Massa yang menyampaikan ucapan tahniah buat pasangan mempelai.

Difahamkan, Michelle, 60, mula berkenalan dengan Jean pada Jun 2004 di Shanghai, China. Kisah mereka sering menjadi perhatian dan ramai menantikan hari perkahwinan pasangan ini.

Michelle dan Jaen diraikan rakan-rakan terdekat pada hari perkahwinan. Mereka mengumumkan pertunangan pada Julai 2004.

Michelle sebelum ini mencipta sejarah apabila menjadi pelakon Asia pertama memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-95 pada Mac lalu.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×