
Hantaran penyanyi meningkat naik Thalita, tentang keputusan peperiksaannya telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Shuib Lebih Tegas Soal Pemakaian Anak, Thalita Ambil Iktibar – ‘Terima Kasih Menegur’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Hanifiah Perjelas Isu Baju Thalita Seksi, Terima Teguran Daripada Shuib – ‘Bila Halang Akan Memberontak’
Ujian matematik

Menerusi hantaran di TikTok, Thalita memuat naik beberapa keping foto aktiviti-aktiviti yang dilakukannya.
Namun, yang menarik perhatian adalah apabila pemilik nama Dzahira Talita Zahra, 13, itu turut berkongsi markah ujian bagi subjek matematik.
Berdasarkan foto tersebut, anak kepada pelawak, Shuib itu dilihat berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 81% serta 99% bagi mata pelajaran tersebut.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji pencapaian luar biasa Thalita dalam subjek tersebut.
Selain itu, warganet juga mengagumi Thalita, yang dilihat bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian malah pandai membahagikan masa di antara kerjaya dan pelajaran.
Sumber: TikTok








