berita

‘Thank You To My Husband’ – Foto Mesra Zul Ariffin Bersama Gadis Ukraine Cetus Tanda Tanya

January 11th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Seorang gadis Ukraine ini pernah dikaitkan dengan pelakon Zul Ariffin, tahun lepas apabila kantoi beberapa foto mereka bercuti bersama di Phuket. Pelakon in juga berkongsi beberapa fotonya shirtless ketika bermandi di dalam kolam.

Menerusi perkongsian di Instagram makcik_puaka, gadis Ukraine tersebut dipercayai turut bercuti bersama Zul Ariffin setelah terlihat beberapa foto di IG Story pemilik akaun hlembotska22.

Kenapa kapsyen husband?

Foto mesra mereka ini dimuatnaik dalam IG Story gadis Ukraine itu. Menjadi persoalan adalah kapsyen yang ditulis gadis ini, “Today we have a small holiday and I want to say thanks to my husband. I am very happy with you

Perkataan ‘husband‘ itu menjadi persoalan dalam kalangan netizen sama ada pelakon kacak ini telah berkahwin dengan gadis Ukraine berkenaan atau pun sekadar gelaran romantis buat pasangan bercinta?

Dari IG Story gadis Ukraine

Beberapa foto yang dimuatnaik gadis Ukraine dan Zul Ariffin itu dibuat perbandingan termasuk gambar kolam renang yang turut dimuatnaik Zul Ariffin. Topi yang dipakai pelakon itu ketika makan malam bersama gadis tersebut.

Sumber: makcik_puaka

SKIP THIS AD ×