![[VIDEO] Zul Ariffin Dipuji Profesional, Tak Melatah Ditendang Theebaan G – ‘Eh Kenapa Kau Stop?’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/ZulAriffinProfesional.jpg)
Pelakon, Theebaan G berkongsi momen sewaktu sesi penggambaran filem ‘Magik Rompak’ bersama pelakon, Zul Ariffin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zul Ariffin Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Tonton DVD – ‘Saya Belajar Berlakon & Cara Sebutan Dari Situ’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Macam Peti Ais Dalam Filem Magik Rompak’ – Zul Ariffin
Theebaan tertendang Zul Ariffin
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), dapat dilihat Theeban dan Zul sedang melakonkan babak aksi di mana mereka perlu bertarung dengan melakukan adegan pukul-memukul.
Sedang mereka asyik bertarung, Theeban secara tidak sengaja melepaskan tendangan yang tepat ke arah dada Zul.
Theebaan kemudiannya menghentikan lakonannya sebelum memeluk dan memohon maaf kepada Zul.
Apa yang mencuri perhatian ialah, Zul mempersoal tindakan Theebaan sebelum tersenyum sambil membalas pelukan pelakon filem ‘Paskal’ itu.
‘Eh kenapa kau stop?’ – Zul Ariffin.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya memuji sikap Zul Ariffin yang begitu profesional dalam lakonan.
Mereka juga berpendapat Theebaan seharusnya meneruskan lakonan untuk mendapatkan hasil yang lebih tulen.
Komen netizen



Sumber: IG Theebaan G








