berita

The Super Mario Bros. Masuk Pawagam April Ini!

April 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Buat pertama kalinya, jenama hiburan global ikonik Illumination dan Nintendo bergabung tenaga untuk mencipta sebuah naskah hebat tahun ini, The Super Mario Bros. Movie.

Super Mario merupakan permainan popular yang berasal dari negara Jepun sejak tahun 80an lagi. Kini anda boleh saksikan pengembaraan baharu, Super Mario iaitu animasi permainan seorang tukang paip paling terkenal sejak empat dekad yang lalu di skrin yang lebih besar!

Padat dengan aksi hebat!

Sebelum kami membawa anda ke dunia animasi permainan epik ini, kami kenalkan terlebih dahulu kepada anda karakter penting dalam The Super Mario Bros. Movie antaranya Mario (Chris Pratt), Luigi (Charlie Day), Anya Taylor-Joy (Princess Peach) dan Keegan-Michael Key (Toad).

Filem yang diarahkan oleh Aaron Horvath dan Michael Jelenic ini adalah berdasarkan dunia permainan Super Mario Nintendo. Filem ini menjemput anda ke alam semesta baharu yang penuh bertenaga dan mendebarkan dalam sebuah filem animasi komedi sinematik yang padat dengan aksi.

Kisah pengembaraan dan aksi Super Mario bermula ketika dia dan adiknya Luigi sedang bekerja di bawah tanah untuk membaiki sesalur air. Mereka kemudian diangkut ke bawah paip misteri dan mengembara ke dalam dunia ajaib. Namun, adik-beradik itu terpisah lalu Mario memulakan usahanya untuk mencari Luigi.

Mario telah menggunakan kuasanya sendiri dengan bantuan Toad iaitu penduduk di Kerajaan Cendawan dan juga menjalani beberapa latihan bersama pemerintah Kerajaan Cendawan, Princess Peach.

Filem The Super Mario Bros. Movie turut dibintangi barisan pelakon komedi antaranya Jack Black sebagai Bowser, Seth Rogen sebagai Donkey Kong, Fred Armisen sebagai Cranky Kong, Kevin Michael Richardson sebagai Kamek dan Sebastian Maniscalco sebagai Spike. Bukan itu sahaja, filem ini juga menampilkan suara khas oleh Charles Martinet yang telah menyumbangkan suaranya sebagai watak Mario dan Luigi di dalam permaianan Super Mario lebih dari 30 tahun.

Kalau nak alami sendiri kisah pengembaraan Super Mario ini jangan lupa ajak kawan-kawan dan keluarga anda untuk serbu ke pawagam berdekatan bermula April ini dan saksikan sendiri The Super Mario Bros. Movie!

SKIP THIS AD ×