
Berlangsung di 51 lokasi seluruh Malaysia dan Brunei, The Voice of Hind Rajab menerima sambutan positif dengan merekodkan kira-kira 39,000 penonton setakat ini.
Artikel Berkaitan: ‘The Voice of Hind Rajab’ Papar Rakaman Sebenar Panggilan Terakhir Kanak-Kanak Berdepan Detik Cemas Di Bumi Gaza
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Letih, Rindu Isteri Sebab Tak Pernah Travel Selama Ini’ – Zainal Rashid Ahmad
Dijangka mencapai 80,000 penonton

Angka ini mencerminkan sokongan kukuh orang ramai terhadap karya yang mengangkat nilai kemanusiaan.
Perkembangan positif itu dimaklumkan sendiri oleh Zainal Rashid Ahmad (ZRA), yang meluahkan rasa terujanya terhadap sambutan luar biasa yang diterima daripada penonton.
Terima kasih rakyat Malaysia dan semua yang telah hadir pada hari ke-9, 10, dan 11 tayangan filem.
Kita dah berada dalam keadaan hari ini.
Kita akan naik ke tangga yang ketiga, negara yang paling banyak penonton bagi The Voice of Hind Rajab.
Mungkin hari ini kita mampu untuk potong Belgium dengan sokongan anda.
Kejutan paling besar, kita terima 3,000 tontonan pada hari Jumaat.
7,400 tontonan pada hari Sabtu, dan lebih 5,000 orang pada hari Ahad semalam.
Kita tak pernah menjangkakan sebuah filem yang menceritakan tentang sejarah perjuangan kemanusiaan boleh berada dalam kumpulan kutipan filem box office di Malaysia.
Ia juga membuktikan bahawa Malaysia ialah negara pasaran berpotensi bagi filem-filem kemanusiaan selain daripada genre hiburan yang biasa diketengahkan,
Prestasi ini menunjukkan peningkatan yang stabil, dengan jumlah tontonan dijangka terus melonjak dan berpotensi mencapai 80,000 penonton menjelang minggu hadapan, selari dengan peningkatan kesedaran awam serta sokongan berterusan daripada masyarakat.
Dihasilkan oleh Mime Films dan Tanit Films, dengan kerjasama Primeworks Studios bertindak sebagai pengedar serta rakan pemasaran rasmi, The Voice of Hind Rajab merupakan karya arahan pengarah terkenal dari Tunisia, Kaouther Ben Hania.
Filem ini menampilkan barisan pelakon antarabangsa termasuk Saja Kilani, Motaz Malhees, Amer Hlehel, dan Clara Khoury.
The Voice of Hind Rajab bukan sekadar sebuah naskhah filem, sebaliknya ia menjadi saksi dan suara yang akan terus hidup. Saksikan kisah benar yang penuh inspirasi serta sarat dengan emosi ini di pawagam sekarang.
Sebagai tanda sokongan dan keprihatinan, Media Prima akan mendermakan RM1.00 daripada setiap tiket yang dijual ke Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.
Dapatkan berita terkini dan kandungan eksklusif The Voice of Hind Rajab dengan mengikuti kami di akaun Facebook, Instagram, X, dan YouTube Primeworks Studios.








