berita

Thursday Trailer : Tim Burton Kembali Dengan Filem Animasi Baru, “Frankenweenie (3D)”

August 16th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Nama ‘Franken’ memang sinonim dengan watak Frankestein, iaitu makhluk yang dihasilkan melalui eksperimen saintifik yang luarbiasa. Bagi anda yang biasa menonton kartun-kartun animasi Disney, watak Frankestein bukanlah sesuatu yang asing.

Untuk segmen Thursday Trailer kali ini, Tim Burton yang juga merupakan pengarah bagi filem animasi ‘Alice In Wonderland’ telah kembali dengan filem animasi baru berjudul “Frankenweenie”. Untuk pengetahuan, Tim Burton adalah pengarah blockbuster yang dikenali melalui hasil kerjanya seperti Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street, 9, Corpse Bride, dan Dark Shadows.

“Frankenweenie” mengisahkan tentang seorang budak bernama Victor yang rindukan anjing peliharaannya, Sparky, yang telah mati. Dia kemudiannya mengambil risiko untuk membuat eksperimen luarbiasa untuk menghidupkan semula Sparky. Apa yang kita tidak tahu ialah, adakah anjingnya akan kembali seperti biasa? Atau pun luarbiasa?

Filem ini bakal ditayangkan pada 25 Oktober 2012 di seluruh pawagam di Malaysia. Mari tonton trailer filem animasi berjudul “Frankenweenie” selepas ini ya!