berita

Tiada Alasan Lagi Untuk Korang Tak Nak Sambung Belajar, Ini Buktinya!

August 9th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Ehem! Nak sambung belajar di universiti ni bukan senang. Banyak benda nak kena fikir. Yuran pengajian, kos perbelanjaan harian, penginapan dan paling penting peluang kerjaya lepas tamat pengajian nanti mesti kena cun jugak kan.

Tapi, percayalah semua tu tinggal alasan je! Sebenarnya, semua masalah boleh selesai dengan mudah kalau korang bijak buat pilihan. Kali ni kami di OHBULAN! nak reveal dan buktikan kenapa alasan korang tak nak sambung belajar di universiti tu dah tak valid lagi.

Tak mampu nak bayar

Admin faham bila nak sambung pengajian dekat universiti antara halangan utama yang buat korang rasa berat sangat nak further study ialah kos pengajian yang membebankan. Betul tak?

Tapi alasan tu actually dah tak valid lagi sebab yuran pengajian di UNITAR sangatlah berpatutan. Paling penting segala kos pengajian korang ditanggung sepenuhnya 100% oleh PTPTN tau.

Selain tu, UNITAR jugak siap bagi diskaun 30% yuran pengajian untuk pengambilan pelajar mereka sesi September 2019. So, tak ada lagi isu tak mampu nak bayar ya!

Takut bila dah grad tetap tak ada kerja!

Eh, belum sambung belajar dah risau tak ada kerja? Jangan macam tu, kita kena bersemangat kalau nak berjaya. #IniHariLah korang kena buat perubahan hidup sebab UNITAR mampu menjanjikan peluang pekerjaan yang lebih cerah untuk korang tau.

Kalau korang nak tahu UNITAR kini berkolaborasi dengan lebih 50 rakan strategik industri MNC & GLC melalui Work-Study program dari UNITAR. Melalui program ini, korang berpeluang bekerja sambilan dengan mana-mana syarikat tersebut sambil belajar sekaligus dapat menjana sumber kewangan sampingan untuk pembiayaan pelajaran.

Apa yang pasti, korang juga dapat menimba pengalaman kerja yang sebenar dalam industri dan ini sudah tentu menjadikan peluang kerjaya korang selepas tamat pengajian lebih cerah.

Habis SPM boleh terus sambung ijazah

Untuk pengetahuan korang, UNITAR menawarkan pelbagai program pengajian seperti asasi, diploma, ijazah, sarjana dan PhD. Dan kesemua program yang ditawarkan ini diiktiraf sepenuhnya oleh MQA dan KPT dengan kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi.

Dah selesa dengan kerja sekarang…

Satu lagi alasan paling famous malas nak futher study ialah sebab korang dah kerja dan masuk zon selesa. Tapi, sebenarnya korang boleh upgrade tahap pendidikan dengan mengikuti program pengajian Master in Business Administration atau MBA di UNITAR. Apa yang best, korang diberi tiga pilihan mod pengajian sama ada

  • 100% belajar secara online; atau
  • 100% hadir kuliah; atau
  • mod pembelajaran fleksibel

Dan korang juga berpeluang tamatkan pengajian dalam tempoh yang singkat iaitu lebih kurang 10 bulan dengan kos pengajian serendah RM10,000 saja. Berbaloi weh!

Lokasi universiti jauh?

Sebelum beri alasan universiti jauh, korang kena tahu fakta paling penting yang UNITAR sebenarnya dah ada 11 lokasi pembelajaran di seluruh negara termasuklah satu kampus induk bertaraf antarabangsa dengan kemudahan bertaraf dunia yang serba moden di Petaling Jaya, Selangor.

Jadi, korang tak payah bagi alasan tak nak sambung belajar sebab tempat pengajian korang tu jauh atau tak best sebab UNITAR memang ada banyak lokasi pembelajaran berhampiran. So, korang tinggal pilih je mana yang terdekat.

#IniHariLah mulakan #URFuture di UNITAR

So macam mana, power kan UNITAR? Bagi korang yang berminat tu cepat-cepatlah rebut peluang ni sebab pengambilan pelajar sesi September kini dibuka sehingga 25 Ogos 2019 sahaja tau. Korang boleh kunjungi Hari Informasi UNITAR dan enjoy lebih banyak promosi serta tawaran menarik di sana.

Jangan cari alasan lagi, #IniHariLah kita pakat-pakat daftar masuk UNITAR. Kalau korang nak dapatkan lebih informasi tentang program pengajian yang ditawarkan di UNITAR, korang boleh layari laman sesawang UNITAR atau laman sosial facebook UNITAR hari ini juga!