berita

‘Tiada Istilah ‘Copycat’ – Didakwa Tiru Imej Fesyen, Aina Abdul Kagum Dengan Sifat Berani Vida

March 22nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini, kecoh mengenai fesyen yang digayakan usahawan sensasi Datuk Seri Vida ketika menghadiri sebuah program nyanyian dan dalam lagu baharu Ku Ikhlaskan yang didakwa meniru penyanyi Aina Abdul.

Mana ada tiru

Menjawab dakwaan tersebut, Aina, 30, menyatakan tidak ada timbul istilah ‘copycat’ kerana dia sendiri mengambil inspirasi daripada orang lain.

Bagi pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani, dia menganggap itu sekadar gurauan manja daripada peminat dan enggan memandang sebagai topik yang serius.

Tiada istilah ‘copycat’ atau apa, masing-masing terinspirasi daripada seseorang. Saya sendiri pun ambil inspirasi daripada orang lain.

Saya tak rasa beliau tiru atau apa. Saya ternampak juga usikan itu daripada peminat. Saya rasa ia hanya gurau-gurau manja saja.

Tak ada sesiapa pun ambil perkara itu serius. Jadi, saya tak kisah apa orang nak cakap. Namun, saya tahu apa saja DSV lakukan, dia tunjukkan keazaman tinggi.

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) turut mengagumi kekuatan dan keberanian DSV yang suka bereksperiman.

Saya sangat menghormatinya. Saya memang sentiasa sukakan DSV kerana dia seorang yang sangat berani.

Dia juga wanita yang kuat. Apa yang dia cuba lakukan, saya belajar bagaimana mahu jadi seperti itu. Mungkin orang di luar nampak yang lawak-lawak saja, tapi saya belajar sisi positifnya. Apa juga yang dia lakukan, dia menjadi diri sendiri.

Aina ditemui ketika majlis Grand Launching & CEOBOSS Entrepreneur Award 2022 anjuran Trulooks di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Ahad.

Tak sangka wajah di billboard

Bercerita tentang kerjasama dengan Trulooks Global Group Sdn Bhd (Trulooks) yang bermula tahun lalu, Aina yang merupakan pengguna rangkaian produk penjagaan wajah Truskin berasa gembira melihat wajah terpampang di papan iklan (billboard) di beberapa lokasi di Malaysia.

Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana saya memang pengguna Truskin. Bukan sahaja produk ini berkualiti, malah pihak Trulooks juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenama ini.

Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka di zaman remaja mendapat peluang untuk terpampang di billboard besar serata negara.

Masalah kulit wajah saya semakin dapat diatasi dengan penggunaan produk ini dan apa yang penting, saya mendapat keyakinan diri untuk beraksi sebagai seorang penghibur di atas pentas.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksklusif Trulooks, Julia Suhaila Lah mendedahkan ada kata-kata sumbang kedengaran ketika mereka menampilkan Aina sebagai wajah jenama mereka pada penghujung tahun lalu.

Ketika mula menyunting Aina pada 2021, ada suara sumbang mempertikaikan kenapa kami memilihnya kerana Aina mempunyai masalah kulit wajah.

Kami sendiri mahu menunjukkan perubahan kulit muka Aina ketika menggunakan Truskin kerana ia lebih meyakinkan pengguna. Kami percaya kami harus meraikan semua jenis kecantikan kerana itu merupakan antara visi yang ingin Trulooks capai.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama ini, layari laman web www.trulooks.com.my.

Foto: Instagram @ainaabdul & @abushaefhamza

SKIP THIS AD ×