Pelakon Shakilla Khoriri enggan mengambil pusing apabila namanya dipetik netizen susulan kontroversi seorang aktres berstatus janda yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan suami isteri, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Pelakon Berstatus Janda Berjaya Rampas Suami Orang Sampai Isteri Minta Cerai?
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Nafi ‘Mandrem’ Suami Orang – ‘Ingat Aku Jahil Sangat, Tak Ada Agama’
‘Tak tahu siapa’
Ketika dihubungi OhBulan!, Shakilla menganggap isu tersebut tiada kaitan dengan dirinya dan menjelaskan kontroversi yang terpalit dengan namanya sebelum ini sudah lama diselesaikan.
Tiada apa nak saya jawab. Kes saya sudah lama selesai. Saya pun tak tahu siapa yang dimaksudkan dalam berita tersebut. Tak ada mention nama saya.
Tak ada orang datang or call saya pasal apa-apa, jadi tiada kena mengena dengan saya.
Tambah Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, sekiranya orang ramai masih mengaitkan namanya dalam isu terbabit, ia tidak memberi sebarang kesan buruk kepada dirinya dan keluarga.
Tidak apa lah kalau netizen nak petik nama saya. Tiada kesan apa pun pada saya and family. Jadi biarlah.
Kata ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, dia ketika ini sedang sibuk dengan urusan kerjanya dan menjalani kehidupan yang bahagia bersama anak serta keluarganya.
Saya tengah busy dengan kerja dan tengah bahagia dengan anak serta family. Tiada masa nak tahu pasal orang bercakap pasal saya ke apa.
Lagi benda tiada kena mengena dengan saya, lagi saya skip!
Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila seorang pelakon berstatus janda didakwa menjadi penyebab kehancuran rumah tangga pasangan suami isteri.
Bertambah parah lagi, apabila si isteri didakwa telah pergi ke mahkamah untuk menfailkan perceraian terhadap suaminya.
Susulan itu, netizen telah memetik nama Shakilla dan mendakwa aktres berstatus janda yang dimaksudkan dalam berita tersebut adalah dirinya.